Assalamualaikum wbt YB Dato’/Tuan/Puan,
YAB DS MB telah merasmikan Taman Rekreasi Air Seremban (TRAS) pada hari ini 13 Mac 2021. Projek ini merupakan peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Vot P.62 Pelancongan sebyk RM340K dan projek ini diselia sendiri oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Kerja-kerja pembangunan meliputi pembelian paddle boat, pembinaan kaunter tiket, pembinaan jeti, kerja2 seni dan kerja2 sivil berkaitan.

Produk ini menawarkan sebyk 22 buah bot kepada pelancong dan pengunjung apabila berekreasi di TRAS. Waktu operasi TRAS bermula pada dari jam 2.00 petang sehingga 7.00 petang pada hari Isnin – Jumaat. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dibuka bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bermula Oktober 2020 lalu sehingga Jun 2021, sebyk 50% diskaun diberikan kepada pengunjung ke TRAS. Diskaun ini merupakan satu penghargaan drpd MBS.
Jemput semua hadir ke TRAS.
*“Pesona Seremban : Tak Disangka Semua Ae Ado”