Hari ini genaplah setahun Ibuku menolak kerusi roda Ibunya di Tanah Suci..
Naridah dan Wan Zainab pada 12/11/2019 berjaya menunaikan umrah yang ditaja oleh insan yang berhati mulia. Semoga Allah memurahkan rezeki kepada insan berkenaan kerana hanya Allah sahaja mampu membalas budi baiknya itu.
Perjalanan dari Kelantan – Nilai, Negeri Sembilan – KLIA – Jeddah – Madinah-Mekah-KLIA-Nilai – Kelantan.
Allah punya kuasa yang merancang segala perjalanan pergi, semasa di Mekah dan pulang dengan selamatnya di Tanah Air.
Walaubagaimanpun, bagi saya sendiri amat rasa syukur dengan pemberian Anugerah dapat menunaikan umrah pada tahun lalu sebelum wabak pandemik covid-19 tular.
Umrah ini amat bermakna baginya..semoga Dipermudahkan Allah Ma n Tokwan kat sana..Allah lebih memberkati kepada mereka yg disebalik tirai alam ini.
Saya mendoakan semoga Pandemik Covid-19 ini lenyap terus di bumi ini supaya menghantar Ma dan Tok Wan pergi ke sana untuk menunaikan haji pula. Semoga kita semua juga dapat menunaikan ibadah Umrah dan Haji nanti.
Mudah-mudahan.Amin