Simpanan VS Pelaburan
Hari ini saya ingin kongsikan ilmu asas dalam kewangan iaitu topik kecilnya ialah Simpanan dan pelaburan.
Walaupun topic ini dianggap kecil. Jika dikupas, ianya agak besar. Namun begitu, saya cuba terangkan dengan cara yang paling mudah untuk difahami.
Kenapa topik ini menjadi pilihan saya untuk bincangkan? Kerana topik ini adalah menjadi rutin kehidupan saya, mungkin juga anda yang membaca.
Dengan erti kata mudahnya, Simpanan adalah wajib/penting dan Pelaburan adalah sunat/kurang diutamakan selagi simpanan masih tidak dipenuhi.
Kenapa saya berkata sedemikian? Adakah disebabkan medium dipilih? Atau di mana kita ingin laburkan?
Nanti dulu! Itu bukan asas dalam konsep simpanan dan pelaburan.
Baiklah. Kita fokus asasnya terlebih dahulu.
Perlu kita faham konsep risiko dan pulangan.
Cuba lihat formula di bawah ini?
High Risk=High Return
Low Risk=Low Return
Pernah lihat, kan?
Bagus, mungkin jika anda pernah lihat formula di atas ini. Anggaplah sebagai ulangkaji.
Jika ada yang baru lihat, ayuh saya kupaskan sedikit sebanyak tentang ini.
Apa itu High Risk = High Return?
Semua bentuk pelaburan atau simpanan ada risiko dan ada pulangan. Sama ada positif atau negatif.
Pembolehubah ini menjadi asas dan panduan kepada risk taker/pengambil risiko.
Kenapa risiko ini wujud? Risiko memang wujud tambahan lagi dari segi kewangan yang boleh dikira. Risiko secara mudahnya adalah saya berikan contohnya iaitu katakan kita membeli sebatang Pen bernilai RM1. Dan selepas beberapa lama kita jualkan dengan harga RM2. Ini bermakna risiko menjadi tidak ada kerana nilai belian adalah lebih rendah. Bagaimana nilainya susut pada masa itu? RM0.20 sebatang ke. Ia menjadi risiko kerugian besar iaitu 80% jatuh.
Diibaratkan Pen ini mempunyai nilai turun naik dalam masa yang singkat. Itu lebih risiko kerana nilai naik turun harga semasa tidak dapat dikawal oleh individu yang membeli dan menjualnya semula.
Risiko Tinggi/High Risk ini boleh dikelaskan dengan pelaburan seperti stok market, bitcoin, saham syarikat, hartanah dan sebagainya.
Bagi Low Risk = Low Return pula?
Ianya berlawanan dengan High Risk= High Return kerana Low Risk= Low Return ini merupakan pergerakan nilai harga naik turun terlalu lambat atau tiada turun naik langsung.
Jika pergerakan nilai naik turun candle tidak berubah atau mempunyai pergerakan yang sangat-sangat perlahan ini memberikan kadar risiko terlalu rendah.
Tambahan lagi, jika simpanan itu memberikan bonus, dividen atau kadar ihsan. seperti ASB, tabung haji, SSPN dan lain-lain lagi.
Simpanan juga akan menjadi risiko tinggi sekiranya ada nilai turun naik.
Dalam kes ini saya meletakkan istilah bagi saya adalah Medium Risk = Medium Return, mungkin berlainan bagi orang lain dengan pengalaman yang berbeza . jenis ini seperti simpanan emas, simpanan asb dan unit trust.
Kesimpulannya, semakin tinggi risiko, semakin tinggi return/lost. Boleh menjadi untung dan boleh menjadi rugi jika tidak dipantau atau tiada ilmu dalam menguruskannya,