fbpx

Kisah Saya Dan DAO

269

Kalo korang boring-boring masa PKP ni meh baca cerita ni sampai habis dan Komen ‘I’

Mesti korang kenalkan nama Dr Azizan Osman ni sape orangnya?
Kalo yang belum kenal, bolehlah google ya..hehe..gurau je..
Actually bukan pasal DAO semata-mata tapi pasal saya.ehehe

Sebenarnya, saya belum pernah lagi ceritakan kat
sesiapa pun kisah ni even wife saya sendiri pun saya belum cerita.
(Jangan mara haa..hehe)
Bagaimana kisah saya boleh terjebak dengan DAO ni?

Camni..
Ianya..Bermula masa beberapa tahun lepas, saya ikuti kursus team building
yang dianjurkan oleh company tempat saya bekerja.
Sorang motivator tu kawan boss saya pada masa tu.
Apa yang saya tersentuh adalah semasa slot sesi motivasi Inspirasi.
Semua orang ditanya dengan soalan
“Siapa yang boleh drive impian kamu untuk masa depan?” Motivator tu bertanya..
.
Saya dengan beraninya tampil dengan yakin menyebut Inspirasi saya adalah DAO.
Kerana saya telah join beberapa kali kelas percuma DAO sebelum ni.
So,saya jadikan sumber inspirasi saya.
Motivator tersebut dengan selamber gelak dan berkata jawapan saya ni adalah salah.
“SALAH, sebenarnya Inspirasi tu ayah kamulah. Bukan orang lain.” kata motivator itu.
.
Kata-kata ni lah membuatkan saya bengang dan dicucuk bara api di kepala saya pada masa tu.
Niat saya, bukanlah saya nak membelakangi ayah, memang wajiblah sesiapapun takkan lupa ayah.
Tapi saya juga mempunyai impian dan matlamat dalam hidup demi keluarga jua.
.
lalu Motivator itu tambah lagi..
“Awak panggil dengan panggilan Azizan Osman sahaja
sebab bukan Dr Azizan Osman. Takde Doktor, dia tak layak Ok!.”
Errrr…(saya terdiam seribu bahasa).
.
Selepas kejadian tersebut,saya menjadi keliru dan terus
mengkaji pasal DAO ni google, youtube, membaca buat analisa,join group”Nak Ubah Hidup”.
Betul ke apa yang motivator tu bagitahu pasal DAO ni?
Lantak pi lah wahai si motivator..
Jikalau DAO bukan doktor pun sekurang-kurangnya DAO sudah berjaya
menjadi seseorangdalam hidup dia dan berjaya membantu didik ramai usahawan berjaya.
Saya lihat semakin positif jer program dan result DAO ni.
.
Sehinggalah tahun lepas,
DAO ada membuka peluang untuk hadir ke Program Nak Ubah Hidup(NUH2020).
Saya dan kawan saya mendaftar bertiga.
Akhirnya saya sorang-sorang saja yang hadir ke NUH2020 yang mana Kehadiran peserta seramai 13,000 usahawan. Sejarah dan beruntungnya kami pada hari tu YAB Tun M juga datang singgah melawat kami berseminar yang lahirnya ramai jutawan.
.
Selepas program tersebut banyak mengubah mindset saya.
Boss di tempat kerja juga memuji disiplin dan cara kerja saya 360 darjah berubah kepada positif.
.
Nak dijadikan cerita, tidak cukup dengan NUH2020. Saya terpanggil lagi untuk hadir hari ini dah masuk hari ke-5
dalam termasuk Program Virtual Zero To Million(ZTM2020),
iaitu hari ini adalah hari ke-2 saya sesi coaching dengan DAO dalam
Program Virtual Millionaire Marketing Mastery(MMM2020).
Alhamdulillah membantu untuk bisnes kepakaran saya dalam khidmat Pengurusan KEWANGAN dan Hartanah sekarang ini.
.
Antara point ilmu yang saya dapat dalam Program adalah
sentiasa duduk dalam the POWER of LUCK, SISTEM dan lain-lain lagi..
Dalam banyak-banyak bahagian, yang paling menyentuh EMOSI
saya adalah bisnes ni bukan sekadar duniawi semata-mata.
Connection dengan Maha Pencipta itu sendiri amat penting.
Kolam jiwa yang bersih dan utuh itulah yang paling berharga.
Selama ini saya ego dengan diri saya. Baru faham kenapa motivator tu berkata demikian.
Rupanya Allah telah merancang segalanya.
.
Saya AMAT berterima kasih kepada motivator tersebut sekiranya dia baca tulisan saya ni.
Harap Doc juga maafkan motivator tu.
Saya doakan juga agar motivator tadi kaya dan berjaya.
Mungkin…jika saya tidak didedahkan
dengan situasi tersebut mungkin saya akan berada di takuk lama tidak berganjak dan masih berada di situ jer..
.
Begitulah sedikit sebanyak kisah saya dan Dr Azizan Osman, iaitu Guru bisnes saya.
Doakan saya terus berjaya dalam bisnes dan matlamat saya supaya dapat membantu ramai orang bagi membetulkan
mindset tentang pengurusan kewangan yang betul.
.
Tahniah tau..korang baca sampai habis..sebab salah satu kata-kata DAO.

“Orang yang berjaya, Dia pandai mulakan,dan buat sampai habis” – DAO

Ada lagi tau kisah saya nantilah episod seterusnya..
.
sama-sama stay tune dengan saya ya. Saya doakan anda kaya dan berjaya!
.
Anda dapat sesuatu?

komen ‘i’

#KisahSayaDanDAO
#MMMApril2020

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy