UNTUK ANDA YANG TENGAH “PENING” DENGAN MASALAH HUTANG YANG BERTIMBUN-TIMBUN!
MARI SAYA TUNJUKKAN KEPADA ANDA! BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBEBASKAN DIRI ANDA DARI MASALAH HUTANG DAN HIDUP DENGAN LEBIH TENANG!
Assalammualaikum & salam sejahtera sahabat!
Pada zaman kini, sememangnya agak sukar untuk kita hidup tanpa hutang!
Nak sambung belajar, nak beli kereta, nak beli rumah… semuanya memerlukan pada jumlah wang yang agak besar, dan sememangnya, tidak ramai yang berkemampuan untuk mendapatkan semua perkara itu secara tunai!
Nak tak nak, kena juga berhutang!
BERHUTANG itu TIDAK SALAH! Yang menjadi kesalahan, ialah apabila tidak mahu membayarnya!
Hakikatnya… tiada cara lain untuk selesaikan masalah hutang.. KECUALI… satu cara sahaja…iaitu, dengan cara… BAYAR HUTANG!
Persoalan yang lebih tepat dan perlu ditanya!…. Bagaimana untuk membayar hutang?
Hah! Soalan ini lah yang ingin saya kongsikan jawapannya!
AMARAN!.
Jika anda mencari kaedah atau cara menyelesaikan hutang TANPA perlu membayar satu sen pun kepada pihak yang anda berhutang!
Saya minta maaf! Anda boleh berhenti membaca dan tinggalkan halaman ini!
HUTANG… MESRI DIBAYAR! Itu mindset yang perlu ada di fikiran anda!
Jika anda berfikir, hutang anda boleh selesai tanpa perlu anda membayarnya!
Sekali lagi saya minta maaf! Anda boleh tinggalkan halaman ini.
BAGAIMANA NAK BAYAR HUTANG?
Perkara pertama yang perlu ada di dalam fikiran dan mindset anda ialah… “Bagaimana Untuk Saya Membayar & Melangsaikan Hutang Saya?”
Jika niat seperti itu sudah ada dalam diri anda.. InsyaAllah.. ianya akan dipermudahkan!
Mari kita lihat pada dua hadis ini yang bercakap tentang “NIAT Membayar Hutang!”
“Jika seorang Muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahawa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia,” – Riwayat Ibnu Majah
“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” Riwayat Imam Bukhari.
Ini menunjukkan… “NIAT” , atau keinginan untuk membayar hutang itu sebenarnya adalah sangat penting dan powerful!
Jika anda mempunyai niat yang kuat untuk melangsaikan hutang anda…. insyaAllah, Allah akan permudahkan dan akan tunjukkan jalannya.
Dan.. mungkin itu juga menjadi asbab.. mengapa anda menjumpai website ini!
OPS! SIAPA SAYA?
Oh ya! Sebelum saya bercerita panjang lebar pasal hidup bebas hutang ini!… Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu!
Nama saya…. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, mungkin anda sudah mengenali saya dan juga mungkin belum! Saya adalah seorang pakar motivasi dan sering memberikan ceramah motivasi kepada ramai orang sejak 19 tahun yang lalu. Sepanjang karier saya ini saya telah bertemu pelbagai ragam dan masalah manusia…. dan salah satu masalah yang paling kerap di ajukan kepada saya adalah tentang masalah HUTANG!
Ramai yang saya temui, bertanya dan meminta nasihat dari saya tentang “Bagaimana untuk membebaskan diri dari hutang?”
Walaupun saya ini tidak memegang “title” pakar kewangan… Tetapi, apabila berbicara tentang perihal kewangan, ada beberapa prinsip yang saya pegang di dalam hidup saya.. dan Alhamdulilah, dengan prinsip-prinsip tersebut, hidup saya tidak lagi dibelengu sebarang hutang! Malah, dengan menggunakan prinsip-prinsip kewangan yang betul, saya juga telah berjaya memiliki beberapa aset yang bernilai jutaan ringgit!
Perkara itu, membuatkan saya terfikir untuk berkongsikan prinsip-prinsip kewangan di dalam hidup saya dengan lebih ramai orang, agar, lebih ramai yang akan dapat membebaskan diri dari kehidupan yang dibelengu hutang! Tidak kira, sama ada hutang PTPTN, hutang kahwin, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang perniagaan, hutang peribadi… insyaAllah, semuanya boleh diselesaikan!
PANDUAN BEBAS HUTANG!
Untuk memudahkan saya berkongsi dengan anda tentang prinsip, tips serta teknik bagaimana saya boleh melepaskan diri dari belengu hutang serta hidup merdeka tanpa hutang. Maka saya telah himpunkan semuanya menjadi sebuah ebook panduan yang mudah untuk dibaca dan diikuti!
Di dalam ebook ini, saya bekongsikan pengalaman saya di dalam melunaskan pelbagai hutang dalam hidup saya. Dari hutang pembelian rumah, pembelian kereta mewah, pembelian motosikal berkuasa tinggi, pembelian hartanah, pembelian condominum, pembelian bangunan pejabat hinggalah kepada pembelian lot banglo.
Setiap dari pengalaman saya membeli dan menyelesaikan hutang-hutang itu, saya sertakan langkah-langkah efektif yang boleh anda tiru untuk melangsaikan hutang anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.