Apa itu RCM?
RCM ialah singkatan daripada Rahsia Ceramah Memukau founder Tuan Faizul. Terima kasih kepada yang menaja saya ikuti kursus RCM GO Live hari ini.
Saya nak share sikit tentang intipati program ini. Kelas online ini adalah kelas sehari memang mantap kerana dari zero ke hero khas untuk yang belum pernah buat live di media sosial sebagai medium utama bagi komunikasi penyampaian maklumat. Ada 5 step mudah untuk GO LIVE.
Cara setup live streaming dan konten yang menarik. Kelas ini saya sarankan kepada peniaga-peniaga yang berminat untuk kembangkan bisnes masing-masing.
Selain kelas ini, saya ada join kelas video marketing, copywriting dan storytelling yang ditaja oleh syarikat saya berkhidmat.
Kelas berkenaan dikelola oleh tuan Faizul, Muaz dan Shahrizal semasa PKP pertama di mana pada masa itu kami tidak dapat datang bertugas di pejabat. Dan semuanya diarahkan bekerja dari rumah.
Alhamdulillah pada masa itu saya dan rakan-rakan lain diajar untuk membuat sesi video marketing dan storytelling bagi memasarkan produk Simpanan dan Takaful bagi memberi maklumat secara online di hujung jari.
Rentetan dari video yang dibuat, saya telah mendapat pencapaian yang memberangsangkan dalam memasarkan produk dan meletakkan diri di takuk yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Antara video yang telah dibuat pada masa itu adalah seperti di bawah ini
Soalan.. Jika untuk mengisi Permohonan Online di https://www.sspni.online ni nak letak nama siapa ya sebagai PENDEPOSIT? Kali ini saya menjawab soalan pelajar yang ajukan kepada saya. dengan video ringkas ini semoga anda mendapat jawapan yang TEPAT serta MUDAH buka akaun SSPN-i atau SSPN-iPlus secara online MOHON disubscribe in ya..hehe
ID EJEN SSPN 000002240
InsyaAllah ilmu ini sama-sama kita amalkan semoga mendapat manfaat bersama-sama.
Wassalam..Jumpa lagi