fbpx

Belanjawan 2022: Pelaksanaan Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) memberikan manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 adalah seperti berikut:

  1. Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  2. Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  3. Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Pelaksanaan pemberian diskaun bayaran balik adalah seperti berikut:

    1. Peminjam yang hendak membuat penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran perlu mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN mulai 1 November 2021. Seterusnya, bayaran balik boleh dibuat melalui mana-mana saluran bayaran balik yang disediakan oleh PTPTN.

    2. Peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus hendaklah membuat permohonan secara dalam talian melalui:

a) Potongan gaji

b) Debit terus

  1. Peminjam yang sedang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit terus juga layak mendapatkan diskaun 10 peratus tertakluk kepada bayaran balik yang diterima oleh PTPTN mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

  2. Insentif diskaun akan dikemaskini di dalam akaun pinjaman peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai tujuh (7) haribulan pada bulan yang berikutnya.

Untuk soalan lazim, klik di sini.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy